Senarai Semak Persediaan Hari Perkahwinan

Anda sedang dalam PERSIAPAN untuk hari PERKAHWINAN tapi TAK TAHU mana nak diMULAkan dahulu?

Jom tengok senarai ni. Kami kongsikan kepada anda timeline bagi action plan anda sehingga hari perkahwinan.


12-9 bulan sebelum majlis

  • Pilih tarikh
    Bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang mereka nak berkumpul nanti.
  • Pilih tempat (rumah/dewan)
    Utk yg memilih dewan, survey dan book segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh setahun awal kejap je dah kena book.
  • Sediakan bajet
    Ini penting! Supaya korang tak terlebih belanja nanti. Dapatkan bajet panduan kat sini.

9-6 bulan sebelum majlis

  • Pilih tema
    Masa ni dah boleh tentukan dah korang nak tema apa. Tradisional ke. Tema dalam taman ke. Dah boleh start cari inspirasi.
  • Buat survey utk setiap vendor perkahwinan
    Survey vendor yg diperlukan contohnya baju pengantin, jurumekap, jurugambar, juruvideo, pakej perkahwinan, katering, cenderahati tetamu dan lain-lain yg korang perlu.
  • Sediakan senarai jemputan atau buat anggaran
    Tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka. Kadang-kadang diorg punya jemputan lagi banyak dari kita yg pengantin ni tau!

6-4 bulan sebelum majlis

  • Mula buat tempahan dgn vendor perkahwinan mana yg boleh
    Contohnya jurumekap, katering, pelamin.
  • Apply cuti!
    Nanti tak pasal-pasal tak boleh kahwin pulak.
  • Beli barang hantaran
    Haa, kalau ada sale tu grab cepat sebab boleh jimat!
  • Hadiri kursus kahwin
    Ini lagi penting! Pastikan buat dengan pihak yg bertauliah ye.

3-2 bulan sebelum majlis

  • Serah dokumen di pejabat agama
    Untuk tempahan tok kadi, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya yg berkaitan.
  • Buat ujian saringan kesihatan
  • Buat tempahan selanjutnya bagi mana-mana vendor yg belum settle
    (cth: baju pengantin, cenderahati tetamu, kek, dll)
    Yela, kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan. So, selesaikan mana yg belum utk vendor yg diperlukan.
  • Edar kad jemputan
    Dah boleh start edar kad jemputan supaya tetamu terutamanya yg jauh boleh save the date untuk korang!

1 bulan sebelum majlis

  • Fitting baju pengantin
    Wajib! Yela takut korang terkurus atau tergemuk dah waktu ni. Apa-apa masih sempat lagi nak alter.
  • Semak semua tempahan yg diperlukan telah dibuat
    Mana yg boleh follow up, buat ya.
  • Pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai
    Waktu ni dah wajib settle semua dokumen.

2-1 minggu sebelum majlis

  • Deko hantaran
    Kalau tak sempat buat sendiri, minta tolong adik-beradik atau sedara mara; atau tempah je dengan mana-mana pembuat hantaran.
  • Final confirmation/follow up dengan semua tempat yg ditempah, dan juga tok kadi
    Supaya mereka tak lupa kita nak kahwin dah minggu ni!
  • Meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis
    Parents bahagian mana nanti, adik dan kakak uruskan yg mana, kawan-kawan atau bridesmaid in charge bahagian apa dah diagihkan tugas supaya memudahkan kerja semasa majlis nanti.

1 hari sebelum majlis

  • Pastikan pakaian pengantin sudah digosok
    Masa ni tengok baju pun dah berdebar utk esok!
  • Berikan nombor telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan
    Yela, tak kan mereka nak hubungi korang masa tengah jadi pengantin pulak kan! Masa tu kita dah tak nak fikir apa2 dah.
  • Berinai
  • Tidur awal!
    Ini penting supaya mata tak bengkak esok pagi! Nanti gambar tak cantik pulak.

Semasa hari perkahwinan

Enjoy the day! Tarik nafas dalam-dalam, tenang dan doa semoga semuanya dipermudahkan.


Dapatkan senarai semak dan panduan BAJET perkahwinan untuk rancangan majlis perkahwinan anda secara PERCUMA!
Download di sini.
Mahu dapatkan lebih banyak tips. inspirasi dan idea perkahwinan secara terus ke email anda? subscribe dgn kami di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *