Pemilihan Lokasi Majlis Perkahwinan

Dalam pemilihan tempat untuk majlis perkahwinan anda, sama ada di rumah atau dewan, mungkin anda tertanya-tanya perkara yang perlu dikenal pasti, atau soalan apa yg hendak diajukan kepada penyedia lokasi.

Di sini kami sertakan beberapa perkara penting yang perlu anda semak dahulu sebelum membuat keputusan akhir untuk lokasi majlis yang anda mahukan!


  • Save-the-date
    Pastikan tarikh yang hendak ditempah itu masih kosong. Kenal pasti juga sehari sebelum dan selepas majlis perkahwinan anda bagi mempermudahkan anda berbincang dengan penyedia dekorasi perkahwinan bagi kerja-kerja pemasangan pelamin dan meja makan.

Bagi yg buat di rumah sendiri, boleh pastikan ada atau tidak jiran selorong atau setaman yg buat majlis kahwin yang sama pada tarikh pilihan anda.


  • Kos
    Kira kos yang terlibat serta kaedah dan terma pembayaran. Berapa banyak deposit awal yang diperlukan? Bagaimana kaedah pembayaran? Ini bagi mempermudahkan anda dan pasangan untuk merancang bajet dan waktu pembayaran.

  • Fasiliti tambahan

Kenal pasti fasiliti dan servis tambahan yang disediakan; termasuk dalam pakej atau ada bayaran tambahan.


  • Servis Katering
    Adakah mereka menyediakan khidmat katering sendiri?
    Jika anda mahu menguruskan sendiri – adakah pihak lokasi terima sekiranya anda mahu menggunakan servis katering dari luar? dan adakah mereka tawarkan kemudahan dapur atau mana-mana kawasan untuk menguruskan makanan?


  • Jumlah tetamu
    Selain mengenal pasti kapasiti yang boleh ditampung dalam satu masa, semak juga kemudahan kawasan meletak kenderaan yang mencukupi dan dalam jarak yang boleh berjalan kaki.

  • Muzik dan irama
    Adakah terdapat limitasi untuk muzik yang dimainkan? Seperti kelantangan muzik atau waktu tertentu sahaja yang boleh dimainkan. Kenal pasti juga bantuan fasiliti istimewa untuk DJ atau band serta kawasan untuk mereka berada sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.

  • Bilik rehat pengantin
    Mungkin anda boleh lihat bilik tersebut sekiranya disediakan, dan anda boleh merancang sama ada bersiap di lokasi yg disediakan atau sebaliknya.

  • Limitasi atau sekatan tertentu
    Contohnya dekorasi anda melibatkan lilin hidup, adakah mereka terdapat sekatan atau kebenaran untuk menggunakannya.
    Sepanjang tempoh majlis perkahwinan anda juga, mungkin ada limitasi kawasan tertentu sahaja bagi anda, keluarga dan tetamu untuk akses. Kenal pasti perkara ini terutamanya untuk keluarga yang bersama anak-anak kecil untuk memudahkan rancangan anda.


    Ini sebahagian tips dari kami. Anda ada tips tambahan yang lain? Boleh juga komen di bawah!

    Dapatkan senarai semak dan panduan BAJET perkahwinan untuk rancangan majlis perkahwinan anda secara PERCUMA! Download di sini.
    Mahu dapatkan lebih banyak tips. inspirasi dan idea perkahwinan secara terus ke email anda? subscribe dgn kami di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *